Penerbit, pempamer dan penulis perlu manfaatkan PBAKL

Orang ramai tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga mereka hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini. Foto Bernama
Orang ramai tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga mereka hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini. Foto Bernama
A
A
A

USAI Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024), banyak ibrah yang boleh dipelajari oleh para penerbit dan pempamer.

Para pempamer wajar memanfaatkan peluang yang diberikan sebagai pempamer dengan optimum. Peluang yang datang ini hanya setahun sekali sewaktu PBAKL berlangsung, sekiranya mereka tidak menyertai pesta buku lain.

Ada petugas yang kelihatan malu-malu untuk berinteraksi dengan pengunjung yang berjalan melintasi reruai-reruai pempamer atau ‘menyorok’ serta mengelak untuk berinteraksi mahupun membuat promosi di reruai.

Seperkara lagi, orang di Malaysia ini sukakan hadiah percuma. Pempamer atau penerbit boleh memberikan setiap pengunjung yang melintas di hadapan reruai mereka penanda buku custom made yang dicetak kata-kata puitis mahupun motivasi.

Kemudian penanda buku tersebut disembur pewangi.

Pempamer dan penerbit juga tidak boleh mengatakan kos promosi secara dalam talian ini mahal kerana ada opsyen di mana terdapat fungsi media sosial yang boleh digunakan secara percuma.

Ada sebahagian penulis mengeluh di laman sosial bahawa buku-buku mereka tidak dapat dijual serancak buku-buku penulis terkenal serta ada nama.

Jadi, disinilah peranan penulis terutama kepada penulis baharu atau bukan dari kalangan nama besar.

Artikel Berkaitan:

Gunakan acara PBAKL sebagai medan untuk memperkenalkan diri, buku serta karya anda.

Sebagai penutup, semua pihak perlu memanfaatkan potensi besar yang dimiliki PBAKL secara tuntas dan serius.

* Penolong Pendaftar Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Mohammad Sufian Abdul Manan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!