X

Kindly register in order to view this article
!

14 cedera dirempuh di Baitulmaqdis

Kejadian rempuhan itu berlaku di lokasi popular pada waktu malam di Baitulmaqdis. - Foto Agensi
A
A

BAITULMAQDIS - Kira-kira 14 cedera termasuk seorang kritikal akibat dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di lokasi popular pada waktu malam di tengah Baitulmaqdis hari ini.

Jurucakap tentera Israel memaklumkan kenderaan tersebut dipercayai merempuh orang ramai di kawasan terbabit yang menempatkan beberapa bar dan restoran pada jam 1.45 pagi (waktu tempatan).

"Pasukan polis dan unit perubatan telah dikerah ke lokasi kejadian. Insiden itu telah disiasat sebagai serangan ganas," kata jurucakapnya, Micky Rosenfeld.

Unit Psikotrauma dan Tindak Balas Krisis Israel mengesahkan anggota mereka merawat lapan individu yang mengalami kejutan emosi atau psikologi.

Sementara itu, akhbar Israel, Haaretz melaporkan pihak berkuasa kini sedang giat memburu suspek yang bertindak melarikan diri selepas kejadian tersebut.

Sehingga kini, tiada petunjuk tentang motif serangan itu yang berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Israel dan Palestin susulan pengumuman pelan damai berat sebelah yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dua minggu lalu. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!