PPSMI: Kerajaan akan buat keputusan dalam masa terdekat, kata Mahathir

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung perlaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan akan dibuat selepas perbincangan dengan Kabinet selesai.

"Kita akan buat keputusan mengikut pendapat majoriti ahli Kabinet," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Kementerian Pendidikan (KPM) di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kerajaan ulangi kesilapan jika PPSMI dilaksanakan semula'

UMNO, Pas bantah pelaksanaan semula PPSMI

Pelaksanaan PPSMI belum muktamad: Wan Azizah

Menurutnya, PPSMI tidak akan dilaksanakan sekiranya mendapat tentangan.

"Kalau ada tentangan kita tangguhkan dan sekiranya setuju PPSMI akan dilaksanakan," katanya

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan kesal dengan kebocoran cadangan PPSMI.

"Apa yang berlaku saya buat penerangan kepada pegawai kementerian. Entah macam mana terbocor dan dilaporkan seolah-olah kerajaan telah membuat keputusan.

"Kerajaan sebenarnya mempertimbangkannya," katanya.

Dr Mahathir berkata, sekiranya dilaksanakan, kerajaan akan memperkenalkan cara baharu dalam PPSMI.

"Pengajaran akan disediakan oleh pakar-pakar sama ada di luar atau dalam negara menerusi pemacu kilat (thumbdrive) dan ditayangkan di dalam bilik darjah mengikut subjek," katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas.

Sukar faham Sains jika tidak fasih Bahasa Inggeris: Tun M

Sementara itu ditanya langkah kerajaan untuk meyakinkan semua pihak mengenai PPSMI, Dr Mahathir berkata, semua pihak harus sedar mengenai kepentingannya.

"Kita perlu sedar untuk kuasai ilmu Sains. Cara mudah gunakan bahasa sendiri, tetapi ia tidak akan dapat sepenuhnya ilmu Sains," katanya.