Dua bot, 10 nelayan asing ditahan APMM Perak

Bot nelayan Indonesia ditahan kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara kelmarin. - Foto APMM Perak
Bot nelayan Indonesia ditahan kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara kelmarin. - Foto APMM Perak
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot bersama 10 nelayan warga asing kerana menceroboh dan melakukan aktiviti menangkap ikan di zon larangan di perairan negara.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot terbabit bersama lima awak-awak dari Indonesia dan Myanmar itu ditahan dalam dua kejadian berasingan.

“Tangkapan pertama di kedudukan 7 batu nautika barat laut Pulau Jarak, kelmarin melibatkan bot nelayan Indonesia.

“Bot bersama awak-awak berusia 22 hingga 40 tahun itu didapati telah menceroboh perairan negara dan disyaki melakukan kegiatan menangkap ikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bot nelayan tempatan dikendalikan awak-awak warga Myanmar ditahan APMM Perak semalam. - Foto APMM Perak
Bot nelayan tempatan dikendalikan awak-awak warga Myanmar ditahan APMM Perak semalam. - Foto APMM Perak

Menurutnya, kejadian kedua membabitkan bot nelayan tempatan yang dikendalikan lima warga Myanmar berusia 33 hingga 65 tahun di 8 batu nautika dari Sungai Belukang, Hutan Melintang semalam.

“Bot nelayan kelas C itu ditahan ketika sedang menunda ikan dan mereka disyaki melakukan aktiviti itu di zon larangan menangkap ikan.

“Pengusaha bot tempatan perlu mematuhi sistem pengezonan kawasan penangkapan ikan yang telah ditetapkan dalam syarat lesen vesel supaya tidak menjejaskan pendapatan nelayan tradisional serta ekosistem perikanan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Shahrizan berkata, bot serta kesemua awak-awak diiring ke Pusat Tahanan Vesel untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

Bot nelayan Indonesia bersama lima awak-awak diperiksa selepas didapati menceroboh perairan negara. - Foto APMM Perak
Bot nelayan Indonesia bersama lima awak-awak diperiksa selepas didapati menceroboh perairan negara. - Foto APMM Perak