350 keratan pokok naga cuba diseludup dari Thailand

Maqis Selangor berjaya mematahkan cubaan seludup masuk 350 keratan pokok pitaya atau naga dari Thailand di KLIA2 semalam.
Maqis Selangor berjaya mematahkan cubaan seludup masuk 350 keratan pokok pitaya atau naga dari Thailand di KLIA2 semalam.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan membawa masuk 350 keratan pokok pitaya atau naga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semalam.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, pokok pitaya itu cuba dibawa masuk tanpa dokumen sah seperti permit import dan sijil fitosanitasi daripada Maqis.

"Berdasarkan pemeriksaan mesin imbasan kastam, keratan pokok tersebut cuba dibawa masuk dari negara Thailand untuk ditanam di negara ini.

"Perbuatan mengimport keratan pokok berkenaan tanpa mempunyai permit sah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta yang sama," katanya.

Menurutnya, Maqis akan sentiasa menjaga keselamatan pertanian negara terjamin bebas daripada ancaman perosak, penyakit dari luar daripada memasuki negara ini.

"Keselamatan pertanian adalah kunci utama bagi memastikan industri pertanian di dalam negara terus berkembang maju," katanya.

Artikel Berkaitan: