X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

PTPTN umum dividen SSPN 4 peratus

Wan Saiful (tiga dari kanan) dan Ahmad Dasuki (tiga dari kiri) menunjukkan poster empat peratus pengumuman Dividen SSPN pada tahun 2019 dan Pelancaran Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2020 di Menara PTPTN hari ini. - Foto Zahid Izzani
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2019 kekal pada kadar empat peratus seperti tahun sebelumnya.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pemberian dividen itu adalah bagi dua produk simpanan di bawah SSPN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus melibatkan peruntukan berjumlah RM147.25 juta serta memberi manfaat kepada lebih 4.39 juta pendeposit SSPN.

Pada tahun 2019 katanya, PTPTN berjaya mencapai peningkatan tertinggi jumlah simpanan SSPN dengan keuntungan pelaburan mampan berjumlah RM205.27 juta sehingga memberikan dividen kompetitif kepada pendeposit.

“Kadar dividen empat peratus itu dapat diberikan kepada pendeposit SSPN berdasarkan pulangan bersih pelaburan yang dibuat atas deposit yang diterima PTPTN.

“Selain itu, ia hasil kesungguhan dan kecekapan pengurusan serta pegawai kita menguruskan dana itu walaupun dalam suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Dividen SSPN 2019 dan Pelancaran Ganjaran Kesetiaan SSPN-I 2020 yang dihadiri Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid di Menara PTPTN di sini hari ini.

Wan Saiful kiri) dan Ahmad Dasuki menyempurnakan simbolik pengumuman Dividen SSPN pada tahun 2019 dan Pelancaran Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2020 di Menara PTPTN hari ini. - Foto Zahid Izzani
Wan Saiful kiri) dan Ahmad Dasuki menyempurnakan simbolik pengumuman Dividen SSPN pada tahun 2019 dan Pelancaran Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2020 di Menara PTPTN hari ini. - Foto Zahid Izzani

Wan Saiful mengumumkan program Ganjaran Kesetiaan 2020 sebagai penghargaan kesetiaan pendeposit SSPN-i yang membuka akaun untuk jangka masa panjang iaitu sebelum tahun 2017 dan menambah simpanan mereka sepanjang tempoh promosi bermula 5 Februari hingga 30 April 2020.

Menurutnya, dividen empat peratus itu akan diagihkan kepada pendeposit bermula 8 Februari ini dan semakan penyata boleh dibuat pada hari sama.

Beliau berkata, PTPTN juga berjaya mencapai kutipan tertinggi deposit SSPN 2019 berjumlah RM1.37 bilion dan menunjukkan peningkatan sebanyak RM240 juta atau 21.24 peratus berbanding 2018.

Katanya, ia menjadikan deposit SSPN terkumpul keseluruhan sehingga Disember 2019 berjumlah RM5.88 bilion.

Mengulas mengenai program Ganjaran Kesetiaan 2020, beliau berkata, pendeposit SSPN-i yang layak akan menerima Ganjaran Kesetiaan atas simpanan yang dibuat dalam tempoh promosi itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!