Hadiah al-Quran buat ibu sempena ulang tahun ke-77

Lenny Irdawaty berasa seronok membawa beg dengan jenama My#QuranTime.
Lenny Irdawaty berasa seronok membawa beg dengan jenama My#QuranTime.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita membeli senaskhah al-Quran bersaiz B4 sebagai hadiah buat ibu tercinta sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-77 pada Selasa.

Suri rumah, Lenny Irdawaty Mohamad Soradi, 46, berkata, ibunya masih boleh membaca meskipun sudah lanjut usia, namun bacaannya kurang lancar disebabkan penglihatan yang sudah kabur.

Menurutnya, dengan al-Quran bersaiz B4 ini diharap ia dapat memudahkan ibunya membaca memandangkan tulisannya juga lebih jelas dan bersaiz besar daripada biasa.

“Mula-mula saya tengok iklan di TikTok tentang Jualan Gudang Karangkraf 2024, itu yang saya singgah sekejap memandangkan hari ini ulang tahun emak yang ke-77.

“Saya belikan dia al-Quran sebab saya tahu penglihatan dah mula kabur. Saya rasa al-Quran ini hadiah istimewa buatnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Lenny memaklumkan dia akan hadir sekali lagi pada hujung minggu untuk membawa anak-anaknya membeli bahan bacaan dan buku latihan.

“Saya nak bawa anak-anak saya hujung minggu ini, sebab tak sangka pula jualan gudang di sini menarik.

“Tempat pun selesa dan buku-buku disusun teratur,” tambahnya.

Lenny turut mencadangkan untuk mencipta mainan pembelajaran untuk kanak-kanak dan menyediakan peralatan lengkap persekolahan dengan jenama Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

“Nama Karangkraf ini dah besar, jadi kalau ada peralatan sekolah seperti beg sekolah atau kotak pensil dengan jenama sendiri. Mesti lebih ramai suka dan akan bawa ke mana-mana,” katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!