Hassan Nasrallah gugur syahid di tangan Israel?

BEIRUT - Rejim Zionis melancarkan gelombang serangan baharu ke atas Lubnan pada Sabtu, sehari selepas ia memperhebatkan kempen pengeboman di pinggir selatan negara itu.
Bedilan bertalu-talu itu turut mencetuskan persoalan tentang nasib Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah selepas operasi itu dilancarkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk menyasarkan pemimpin tersebut yang merupakan sekutu utama Iran.
Sehingga kini, tiada pengesahan dibuat tentang keadaan terkini Nasrallah setelah sumber rapat Hizbullah memaklumkan beliau tidak dapat dihubungi sejak dua hari lalu.
"Beliau masih hidup dan baik-baik sahaja," lapor rangkaian media lain memetik kenyataan sumber itu.
Sementara itu, jurucakap IDF, Leftenan Kolonel, Nadav Shoshani menerusi platform X mengumumkan Nasrallah terkorban dalam serangan di Beirut, namun kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan.
Wakil media antarabangsa mengesahkan lebih 30 serangan udara dilancarkan hingga memaksa komuniti di pinggir Beirut berlindung di dataran, taman awam dan kawasan tepi pantai.
Hujan peluru selama lebih lima jam itu berlaku pada awal pagi selepas serangan yang membinasakan beberapa blok kediaman di kawasan kejiranan Haret Hreik di Dahiyeh yang disifatkan sebagai bedilan paling ganas sejak konflik rentas sempadan tercetus sejak hampir setahun lalu.
IDF mendakwa siri serangan menggila itu kononnya menyasarkan kemudahan simpanan senjata milik Hizbullah yang terletak di bawah bangunan kediaman orang awam yang merupakan alasan sama seperti ia membedil hospital di Gaza yang didakwa menjadi markas Hamas.
Sejak beberapa hari lalu, fokus operasi ketenteraan di Gaza telah beralih ke Lubnan di mana kempen pengeboman tanpa henti telah meragut lebih 700 nyawa manakala kira-kira 118,000 hilang tempat tinggal. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Projek Zionis telah runtuh!
01 November 2026 11:28amSingapura jawab dakwaan jual semula gas Indonesia
01 November 2026 11:08am10 maut, 24 cedera bas penumpang bertembung lori berat
01 November 2026 09:01amDulu kaya raya, kini jatuh miskin hingga alami masalah mental
01 November 2026 08:10amIlija Srdanovic dari pakar jantung ke pentas politik Serbia
01 November 2026 07:40amADUN Mata Ayer, Wan Badariah meninggal dunia
31 Oktober 2026 05:32pmPramugara antara dua maut di hotel mewah
31 Oktober 2026 09:03pmHasrat ADUN Mata Ayer bawa tiga anak bercuti selepas sidang DUN tidak kesampaian
31 Oktober 2026 09:58pmPelakon veteran Gerak Khas berjaya dapat CGPA 4.00
31 Oktober 2026 04:14pm

