Empat ahli kumpulan J-Lo diberkas

Ahmad Dzaffir menunjukkan barangan yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Ahmad Dzaffir menunjukkan barangan yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
A
A
A

KAJANG - Kumpulan J-Lo yang aktif melakukan jenayah samun premis 24 jam, curi motosikal dan pecah cermin kereta tumpas dengan penahanan empat anggotanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kumpulan terbabit aktif melakukan jenayah tersebut sejak Julai tahun lalu diberkas oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Januari lalu.

"Kita turut merampas 10 keping kad Touch 'n Go, dua keping I-kad, dua unit SmartTAG, lima telefon bimbit, tiga batang allen key yang telah diubah suai.

"Kita turut merampas sebilah pisau, empat topi keledar, lapan buah motosikal, dua rangka motosikal, sehelai penutup muka dan sebilah pisau rambo," katanya melalui kenyataan media petang tadi.

Menurutnya, kesemua suspek mempunyai rekod samun, curi kenderaan dan dadah itu direman bagi membantu siasatan.

Ahmad Dzaffir berkata, modus operandi kumpulan penjenayah itu adalah mensasarkan warga asing yang berjalan kaki berseorangan atau menaiki motosikal.

Beliau berkata, senjata yang digunakan suspek semasa kegiatan samun adalah kerambit, pisau dan spanar.

"Hasil tangkapan ini, kita berjaya menyelesaikan sebanyak 27 kes dilaporkan di daerah Kajang dan satu kes di daerah Cheras," katanya.

Artikel Berkaitan: