'Adat Johor, adat kahwin terbaik'

Paparan Twitter Tengku Qie
Paparan Twitter Tengku Qie
A
A
A

PAGOH - "Saya harap adat tradisi 'tol' kahwin orang Johor tak hilang dan aktiviti rewang masih kekal." Demikian kata pelayar Twitter @AlyffAyeep apabila teruja melihat satu rakaman video tular di laman sosial berkongsi tentang adat negeri Johor Darul Takzim iaitu tol pada hari persandingan.

Video durasi 1 minit 40 saat itu dimuat naik di akaun Twitter Tengku Qie dengan kapsyen, "Nak kahwin dengan orang Johor? Persiapkan kad 'Touch 'n Go' anda" mencuri perhatian netizen.

Paparan video menunjukkan rombongan lelaki perlu melalui tiga tol sebelum bertemu pengantin perempuan iaitu Kulai, Machap dan Pagoh.

Kata @Zakwannjr, "Adat kahwin paling best adat Johor."

Difahamkan, istimewanya adat ini apabila mengenakan bayaran untuk pengantin lelaki duduk bersanding dengan pengantin perempuannya dan sebelum itu, pihak pengantin lelaki akan berarak sehingga ditahan sanak saudara pihak perempuan.

Adat itu dikatakan sekadar memeriahkan majlis selain menyeronokkan apabila melihat gelagat kedua belah pengantin.

Komen pelayar-pelayar apabila teruja melihat satu rakaman video tular di laman sosial berkongsi tentang adat negeri Johor Darul Takzim iaitu tol pada hari persandingan.
Komen pelayar-pelayar apabila teruja melihat satu rakaman video tular di laman sosial berkongsi tentang adat negeri Johor Darul Takzim iaitu tol pada hari persandingan.

Artikel Berkaitan:

Berkongsi pengalaman, Dayah Abdullah pernah menghadiri majlis perkahwinan di Johor dan teruja melihat kemeriahan itu yang boleh membantu mengeratkan semula tali silaturahim selain sedikit sebanyak mengembalikan memori petua lama dan adat resam.

"Ni 'okey' lah satu tol dua orang je. Ada tu saya pergi, satu tol kemain ramai ada la dalam 10 orang. Tol yang pertama budak-budak, tol kedua remaja, tol ketiga pakcik makcik, tol keempat mak ayah pengantin," katanya.

Dalam pada itu, netizen juga menyifatkan adat 'tol' itu sekadar gurauan dalam kalangan keluarga dan tetamu, malah bukan satu kewajipan.

"Adat ini lebih kepada hiburan atau nak menghiburkan orang ramai terutamanya sanak saudara.

"Cuma pada hemat saya, tuan rumah hendaklah mengingatkan hadirin ia adalah adat untuk menghiburkan dan bukan membebankan. Tiada sebarang syariat ke atasnya. Bukan pra syarat sah nikah," kata Bryan.

Kata Ikmal, "Ya, abang pernah pergi kenduri belah Johor. Seronok tengok benda ni, padahal ada sampul yang tiada isi, kadang ada RM1 je tapi bukan isi yang penting, upacara tu untuk bergurau, bergelak dengan saudara baharu.

"Nampak simple tapi ini antara cara rapatkan ukhuwah antara keluarga pengantin," katanya.

Dalam pada itu, sehingga kini video tersebut ditonton lebih 134,700 tontonan daripada netizen selain 6,600 perkongsian.