PH-BN jadi pilihan pelayar Twitter

Keputusan undian Twitter Sinar Harian @SinarOnline bertajuk 'Anda merasakan orang muda akan pilih parti mana pada PRN nanti?' bermula Rabu.
Keputusan undian Twitter Sinar Harian @SinarOnline bertajuk 'Anda merasakan orang muda akan pilih parti mana pada PRN nanti?' bermula Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Undian Twitter Sinar Harian @SinarOnline bertajuk 'Anda merasakan orang muda akan pilih parti mana pada PRN nanti?' menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan pembaca dengan meraih sebanyak 66.1 peratus.

Ia diikuti dengan Perikatan Nasional (PN) iaitu sebanyak 19.3 peratus manakala Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hanya 4.5 peratus dan bagi pilihan 'Tidak mengundi', pula mencapai 10.2 peratus.

Undian yang dimuat naik pada jam 10.17 pagi semalam itu, menyaksikan seramai 10,766 pembaca Sinar Harian mengambil bahagian bagi menzahirkan parti mana yang menjadi pilihan mereka pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Sementara itu, di ruangan komen @dogecoinMY berkata, dia memilih PH dan BN demi kestabilan negara.

Seorang lagi pembaca @jeebond berkata: 'Insya-ALLAH, semoga gabungan PH-BN akan dapat menguasai negeri.'

Bagi @JiwaRagaHati pula berkata:' Pastinya PH-BN kerana prihatin kepada belia.'

Selain itu, pembaca @syafiqtop5 berpendapat, dia akan mengundi Muda untuk PRN kali ini kerana parti itu berani dan tidak lagi diperkotak-katik oleh pemimpin PH.

Pembaca @iamkerolx pula yakin bahawa PN akan menang pada PRN kali ini.

"Kalau tanya di Twitter pasti PH menang tetapi di kawasan kampung dan pendalaman PN yang menang," katanya.