Indeks jenayah di Kuala Krai turun 28 peratus

Abdullah Roning
Abdullah Roning
A
A
A

KUALA KRAI - Indeks Jenayah Daerah Kuala Krai turun 73 kes atau sebanyak 28 peratus daripada jumlah keseluruhan 181 kes berbanding hanya 17 kes pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, peningkatan jumlah tangkapan penagih dadah tahun 2018 membantu pihaknya menurunkan indeks jenayah di daerah itu.

"Golongan ini menjadi penyumbang utama kepada pelaku jenayah di Kuala Krai tahun lalu.

"Selain daripada itu, orang ramai turut menunjukkan komitmen tinggi membantu polis menangani kes jenayah dengan menyalurkan maklumat kegiatan dadah di kawasan masing-masing turut membantu kita mengurangkan kadar jenayah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengekalkan program pencegahan jenayah bersama komuniti setempat dalam usaha mengurangkan jenayah tahun ini.

"Selain daripada itu kita mengadakan kerjasama begitu baik daripada agensi-agensi di peringkat daerah seperti Rela, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM).

"Kita bangga pemimpin setempat juga cakna terhadap jenayah setempat dan turut memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada pihak polis," katanya.

Katanya lagi, tahun ini beliau akan memfokuskan kepada usaha menurunkan jenayah kes pecah rumah dan curi.

Artikel Berkaitan: