Sathia tak sabar turunkan Rufino

Penyokong Selangor pastinya mengharapkan sentuhan magis Rufino pada saingan musim ini.
Penyokong Selangor pastinya mengharapkan sentuhan magis Rufino pada saingan musim ini.
A
A
A

PENYOKONG The Red Giants bakal menyaksikan penampilan semula kelibat import Selangor, Rufino Segiova pada aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor, B Sathianathan, pemain dari Sepanyol berusia 34 tahun itu yang mengalami kecederaan tumit sejak beberapa bulan lalu kian pulih akan digandingkan bersama seorang lagi import Olesegun Ifedayo Olusegun.

Pada masa sama katanya, seorang lagi tonggak penting Selangor, Wan Zack Haikal yang terpaksa berehat panjang pada musim lalu selepas mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL) juga kini mula menunjukkan perkembangan positif.

“Wan Zack Haikal semakin beransur pulih dan akan diturunkan pada perlawanan-perlawanan pra musim nanti.

“Biarpun begitu kami terpaksa akur tidak dapat menggunakan khidmat pemain lincah Norhakim Hassan yang mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL) yang menyebabkan beliau terpaksa berehat lapan bulan,” katanya kepada Sinar Harian berhubung persiapan Selangor menjelang sepak mula Liga-M musim ini.

Sementara itu, Sathianathan berkata, dia menyerahkan kepada Perak II untuk membuat keputusan berhubung permintaannya untuk beraksi tanpa penonton pada perlawanan persahabatan pra musim di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), 22 Februari ini.

Katanya, pihaknya hanya menunggu maklum balas berhubung permintaan berkenaan kerana permohonan berhubung perkara berkenaan sudah pun dibuat kepada Perak II.

Artikel Berkaitan: