X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita mati ditikam teman lelaki

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam teman lelakinya di sebuah rumah di Kampung Padang Balang Sentul di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 5.52 petang.

Menurutnya, bertindak atas laporan, polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat wanita berusia 24 tahun terbaring di atas katil dengan kesan tikaman pada perut.

“Pada masa sama, seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga teman lelaki mangsa berada di tempat kejadian muntah darah dan sesak nafas akibat cuba meminum cecair pencuci lantai.

"Suspek dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan dilaporkan masih tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rajab Ahad Ismail
Rajab Ahad Ismail

Rajab berkata, mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-3767390 dan Asisten Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly di talian 017-2446363.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!