Hurzeler persiapkan Seagulls terkuat berdepan Wolves
PENGENDALI Brighton, Fabian Hurzeler menjangkakan tiada perubahan besar terhadap The Seagulls apabila melayan kunjungan Wolves dalam aksi Pusingan Ketiga Piala Liga.
Sebaliknya Hurzeler lebih memberikan fokus kepada pemain yang cergas dan bersedia berdepan anak buah Gary O'Neil tersebut.
Hurzeler akan menilai Joao Pedro selepas dia terlepas keputusan seri 0-0 menentang Ipswich Town pada hujung minggu akibat kecederaan semasa rehat antarabangsa.
Katanya, Mats Wieffer adalah pilihan selepas tidak bermain sejak kemenangan ke atas Everton bulan lalu.
Jason Steele dijangka bermula di gawang selepas Bart Verbruggen mengendalikan perlawanan liga.
Pengendali dari Jerman itu berkata dia mempunyai kepercayaan terhadap pasukannya ketika keinginan tinggi untuk mara ke pusingan seterusnya.
“Kepercayaan saya kepada semua pemain saya sangat tinggi. Kita kena bincang siapa yang kita beri rehat.
“Sudah tentu akan ada beberapa penggiliran tetapi akan ada juga pemain yang bermain menentang Ipswich.
“Ia akan menjadi gabungan tetapi saya pasti skuad itu akan cukup kuat yang boleh bersaing dengan Wolverhampton,” katanya.
PIALA LIGA INGGERIS
JADUAL PERLAWANAN
19 SEPTEMBER (KHAMIS)
Pusingan Ketiga
Brighton lwn Wolves, 2.45 pagi
Coventry City lwn Tottenham Hotspur, 2.45 pagi