Imran Khan tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia

Imran Khan disambut Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sejurus tiba untuk lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini. Foto: Bernama
Imran Khan disambut Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sejurus tiba untuk lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini. Foto: Bernama
A
A
A

SEPANG - Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Pesawat khas dari Karachi yang membawa Imran Khan bersama delegasi peringkat tinggi negara itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.15 malam.

Ketibaan bekas bintang kriket itu disambut oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu selaku Menteri Pengiring di Kompleks Bunga Raya KLIA. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia, Amna Baloch.

Ini merupakan lawatan kerja kali kedua Imran Khan ke Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2018.

Wisma Putra dalam kenyataan sebelum ini berkata, Imran Khan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi esok bagi membincangkan antara lain kerjasama dua hala yang sedia wujud dan bertukar pandangan mengenai isu global dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama. - Bernama

Artikel Berkaitan: