Perak FC tawan Paroi

Clayton Da Silviera Da Silva (kanan) bersaing dengan pemain Negeri Sembilan FC, Aliyu Audu Abu Bakar dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Clayton Da Silviera Da Silva (kanan) bersaing dengan pemain Negeri Sembilan FC, Aliyu Audu Abu Bakar dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
A
A
A

PERAK FC kembali semula ke landasan kemenangan apabila meraih tiga mata selepas menjinakkan Negeri Sembilan FC, 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Sabtu.

Tiga mata diraih skuad kendalian Yusri Che Lah itu membolehkan The Bos Gaurus memperbaiki kedudukan liga selepas diaibkan 1-3 Kuching City di Stadium Perak pada 30 Julai lalu.

Kehadiran penyerang import dari Brazil, Clayton Da Silveria Da Silva ternyata mempertajamkan jentera penyudah Perak dalam perlawanan di laman Hoben Jang Hoben.

Penyerang berusia 29 tahun dan bekas pemain skuad Bawah 23 tahun Brazil menjelmakan jaringan minit ke-48 untuk kemenangan ketiga selepas lapan perlawanan bagi mata kesembilan musim ini.

Perak berpeluang melebarkan jaringan ke atas skuad Rusa kendalian bekas tonggak Kejor Yeop Kejor, K Nanthakumar, namun bintang Argentina, Luciano Guaycochea gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!