Polis tingkat kawalan aksi Liga Super Selangor, KDA FC

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan sempena perlawanan bola sepak antara Selangor dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Liga Super musim 2024/25 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan meningkatkan kekuatan kawalan keselamatan dalam memastikan keselamatan pemain dan penonton terjaga

Beliau turut menegaskan akan mengambil tindakan sekiranya terdapat penyokong yang melanggar arahan yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang.

Hussein Omar Khan.
Hussein Omar Khan.

"Penyokong dan penonton dinasihatkan agar menjaga tatasusila dan tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan," ," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Naib juara Liga Super musim lalu, Selangor, akan memulakan perlawanan pertama kempen Liga Super musim ini bertemu skuad kendalian Nafuzi Zain, KDA FC.

Pada 11 Mei lalu, KDA FC menumpaskan PDRM FC 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sebelum ini, bintang Selangor FC dan pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badannya selepas diserang seorang individu tidak dikenali dengan menggunakan bahan dipercayai asid.

Artikel Berkaitan:

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 5 petang Ahad.

Sementara itu, pada 2 Mei lalu, pemain kebangsaan dan juga Terengganu FC, Akhyar Rashid diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu, Terengganu.

Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain tersebut mengalami kecederaan.

Difahamkan, suspek melarikan telefon bimbit dan dompet pemain tersebut sebelum melarikan diri.

Pada 7 Mei pula, pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim menjadi mangsa serangan terbaharu apabila cermin belakang keretanya dipecahkan oleh dua individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan kelab itu di Seri Gelam.