UiTM raja softball SUKIPT 2024

Saiful bersama Pengarah Sukan UiTM, Timbalan Pengarah Sukan UiTM serta pemain-pemain sofbol UiTM meraikan kejayaan merangkul pingat emas SUKIPT 2024.
Saiful bersama Pengarah Sukan UiTM, Timbalan Pengarah Sukan UiTM serta pemain-pemain sofbol UiTM meraikan kejayaan merangkul pingat emas SUKIPT 2024.
A
A
A

PASUKAN sofbol lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) kembali merampas status raja Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok 2024.

UiTM yang merupakan juara edisi 2018 meraih pingat emas selepas menjinakkan pemenang pingat emas edisi 2022, Politeknik Malaysia, 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Padang Ragbi UUM, Sintok, Kedah.

UiTM mara ke pentas perlawanan akhir selepas mengatasi cabaran seteru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 2-1 manakala Politeknik Malaysia menyingkirkan cabaran UKM di separuh akhir dengan keputusan 5-4.

Pengurus softball UiTM, Mohd Saiful Rahmat menyifatkan kemenangan tersebut lebih manis apabila emas berkenaan merupakan pingat terakhir daripada kem softball kontinjen institusi pengajian tinggi itu pada Sabtu.

"UiTM sebelum ke perlawanan final dipaksa berhempas pulas sebelum mengatasi seteru UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris).

"Kemenangan ke atas UPSI, merupakan motivasi kepada pemain-pemain UiTM ketika menyaingi cabaran Politeknik Malaysia.

"Pengalaman dan minit permainan pertandingan diperolehi pemain-pemain juga antara faktor penyumbang kepada kecemerlangan pasukan sepanjang di SUKIPT 2024," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!