Karya fiber hasil seni bersama kanak-kanak berkeperluan khas

Tuan Nur Qistina Amani (kanan) dan Muhammad Nazmi melihat harlequin bug, hasil kolaboratif mereka.
Tuan Nur Qistina Amani (kanan) dan Muhammad Nazmi melihat harlequin bug, hasil kolaboratif mereka.
A
A
A

KOTA BHARU - Sekumpulan 39 mahasiswa dari Jabatan Tekstil, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang tidak menyangka usaha menghasilkan karya daripada fiber bersama kanak-kanak berkeperluan khas membuahkan hasil menarik.

Lebih istimewa, untuk karya bertema serangga itu, kanak-kanak dari Pusat Pendidikan Khas Bizara diberi kepercayaan memilih warna fiber dan serangga yang diminati sebelum mahasiswa terbabit menggarap karya mereka.

Mahasiswa semester dua Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Jabatan Tekstil, UiTM Machang, Tuan Nur Qistina Amani Tuan Zulkifli, 19, pengalaman dapat menghasilkan karya bersama kanak-kanak disleksia, Muhammad Nazmi Mohd Nasir, 11, sangat menggembirakan.

"Pada mulanya saya hanya memikirkan kanak-kanak di sini bersifat agresif dan sukar memberi kerjasama, namun sangkaan itu meleset.

Tetamu dan individu yang terlibat bergambar pada Majlis Perasmian Program Terapi Seni Tekstil Bizara dan Jabatan Tekstil, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang pada Sabtu.
Tetamu dan individu yang terlibat bergambar pada Majlis Perasmian Program Terapi Seni Tekstil Bizara dan Jabatan Tekstil, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang pada Sabtu.

"Pergerakan mereka lebih sistematik dan saya juga banyak dibantu guru-guru untuk menyiapkan karya ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Terapi Seni Tekstil Bizara dan Jabatan Tekstil, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang pada Sabtu.

Jelasnya, Muhammad Nazmi memilih lebih daripada 10 warna fiber untuk menghasilkan serangga yang dikenali sebagai harlequin bug.

"Kami banyak berinteraksi untuk saling mengenali dan selama dua hari bertemu, ternyata dia sangat memahami perkara yang kami maksudkan selain melakukan sesi tenunan bersama kira-kira lima jam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anis Ediana
Anis Ediana

Sementara itu, pensyarah di Jabatan Seni Reka Tekstil, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Cawangan Kelantan, Anis Ediana Mohd Fauzi berkata, sebanyak 39 karya dihasilkan membabitkan pelbagai kategori serangga.

"Kesemua kanak-kanak itu teruja memilih warna yang diminati dan kebanyakannya mahu menggunakan warna sama tetapi ton berbeza.

"Mahasiswa yang menyertai program ini perlu menghasilkan karya mengikut idea mereka tetapi tidak 'lari' daripada serangga pilihan kanak-kanak," katanya.

Anis Ediana memberitahu, mereka memilih fiber kerana sesuai dengan perkembangan golongan itu selain memberi kesan emosi kepada mereka.

"Fiber juga merupakan material yang lembut dan hasil jalinan serta tenunannya dapat memberi kesan emosi kepada kanak-kanak itu," katanya.

Jelas beliau, sempena perasmian itu, kesemua karya turut menerima markah daripada juri yang terdiri daripada ibu bapa kanak-kanak dan pensyarah Seni Lukis dan Seni Reka Jabatan Tekstil, UiTM Machang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!