HTJ diminta siasat isu tandas kotor, rosak

Gambar keadaan tandas lelaki di bahagian kecemasan HTJ yang dikongsi pemilik akaun Facebook Guna Vimala.
Gambar keadaan tandas lelaki di bahagian kecemasan HTJ yang dikongsi pemilik akaun Facebook Guna Vimala.
A
A
A

SEREMBAN - Kepala paip pecah, pintu rosak dan kotor! Itu dakwaan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Guna Vimala terhadap kemudahan tandas lelaki di bahagian kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.

Dia yang menyatakan kekecewaannya di laman sosial berhubung perkara itu berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Turut disertakan beberapa keping gambar keadaan tandas terbabit yang jelas menunjukkan kemudahan itu tidak dijaga dengan baik.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan sikap individu tidak bertanggungjawab yang tidak menjaga kemudahan dengan baik.

Tidak kurang juga ada yang menyalahkan pihak pengurusan hospital dan pekerja pembersihan.

Tangkap layar kenyataan Guna Vimala di Facebooknya.
Tangkap layar kenyataan Guna Vimala di Facebooknya.

Pemilik akaun Facebook Radha Krishnan pula berkata, ia sesuatu yang memalukan dengan status Seremban yang kini telah diisytiharkan sebagai bandar raya.

Lone Del Sol pula berkata, fasiliti sudah lengkap, tapi soal penjagaan sangat teruk, pengurusan hancur dan mentaliti pengguna tahap sampah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada pengurusan HTJ untuk menyiasat dan mengambil tindakan berhubung perkara itu.

Menurutnya, tanggungjawab menjaga kemudahan awam adalah peranan bersama dan bukannya pada pihak tertentu.