Isu GISB: 'Pekerja seolah-olah dikawal, dipantau rapat'

Premis perniagaan GISB di Seremban 2 beroperasi seperti biasa
Premis perniagaan GISB di Seremban 2 beroperasi seperti biasa
A
A
A

SEREMBAN - Meskipun sedang terkait dengan isu eksploitasi kanak-kanak dan remaja, beberapa premis perniagaan termasuk restoran milik kumpulan perniagaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Seremban 2 di sini didapati beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian mendapati, premis perniagaan mereka sedikit lengang, namun masih tetap dikunjungi pelanggan.

Antara aktiviti perniagaan dijalankan ialah kedai runcit, kedai cendol, cafe, bakeri dan warung menjual kuih, namun ada juga yang ditutup.

Seorang peniaga berusia 60-an berkata, dia biasa bergaul dengan pekerja mereka yang kebanyakannya golongan muda.

"Bila berbual itu biasa saja. Tapi saya difahamkan salah seorang pekerja pemuda berusia 20-an ditukar ke tempat lain apabila dikesan mulai rapat dengan saya.

"Saya tidaklah nak menuduh, tapi mereka ini seolah-olah dikawal atau dipantau dan jika ada yang rapat dengan 'orang luar', individu itu akan disekat," katanya.

Kelihatan pekerja GISB bekerja seperti biasa di sebuah gerai menjual makanan
Kelihatan pekerja GISB bekerja seperti biasa di sebuah gerai menjual makanan

Ditanya sama ada pernah melihat kanak-kanak bekerja di premis perniagaan mereka, dia berkata, setakat ini tidak pernah kelihatan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini media melaporkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!