Serah kad ATM, pesara kerajaan rugi lebih RM1 juta

Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM1 juta akibat terpedaya dengan panggilan telefon dibuat individu menyamar sebagai pegawai polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Gambar hiasan, gambar kecil: Azizi
Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM1 juta akibat terpedaya dengan panggilan telefon dibuat individu menyamar sebagai pegawai polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Gambar hiasan, gambar kecil: Azizi
A
A
A

IPOH - Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM1 juta akibat terpedaya dengan panggilan telefon dibuat individu menyamar sebagai pegawai polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, laporan kejadian itu diterima pada Selasa lalu daripada seorang wanita berusia 67 tahun yang menyedari tertipu selepas berlaku 99 kali transaksi pindahan wang ke lebih 10 akaun bank berbeza.

Menurutnya, dalam kes itu, mangsa juga telah meninggalkan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya di satu lokasi seperti diarahkan suspek.

"Pada 8 Ogos lalu, mangsa yang beralamat di Taiping dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan diri daripada SKMM memaklumkan bahawa kad bank mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram.

"Panggilan itu kemudiannya disambung kepada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Sarjan Tan Keng Seng bagi membantu menyelesaikan kes yang kononnya dalam siasatan polis.

"Rentetan itu, mangsa telah dihubungi beberapa individu lain mengaku sebagai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dengan memperkenalkan nama sebagai Asisten Superintenden Zaki dan Yong," katanya.

Azizi menyantuni seorang pesara polis, Haris Nawawi, 64, yang menerima Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Perak Tahun 2024 pada Khamis.
Azizi menyantuni seorang pesara polis, Haris Nawawi, 64, yang menerima Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Perak Tahun 2024 pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Perak Tahun 2024 kepada 247 penerima terdiri daripada pesara polis, pegawai kanan dan pegawai rendah polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Azizi berkata, mangsa kemudian diarahkan meninggalkan kad ATM miliknya yang diisi dalam sampul surat di atas rumput di alamat seperti diarahkan suspek.

Katanya, selepas itu, mangsa ada menerima mesej pengeluaran wang dari akaun bank miliknya dari tarikh 16 Ogos hingga 23 Ogos ke dua akaun bank berbeza dan mengesan terdapat pengeluaran wang melalui mesin ATM melibatkan 75 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM476,550.

"Mangsa juga telah diarahkan memindahkan wang dalam akaun banknya ke akaun pihak ketiga untuk siasatan dan mengelak wang tersebut dibekukan.

"Oleh kerana percaya akan dorongan tersebut mangsa telah melakukan transaksi pemindahan wang dari akaun bank keduanya ke sembilan akaun berbeza sebanyak 24 kali melibatkan RM590,000.

"Setelah membuat semakan melalui penyata bank, mangsa mendapati dirinya telah mengalami kerugian RM1,066,550 dan mengesyaki dirinya telah ditipu," katanya.

Azizi berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!