Pelan pembaharuan persatuan tangani salah laku, rasuah

Syed Saddiq - Foto Bernama
Syed Saddiq - Foto Bernama
A
A
A

PELAN pembaharuan persatuan sukan kebangsaan mampu menangani salah laku atau gejala rasuah, sekali gus memastikan sukan tanah air bersih.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan membentangkan pelan pembaharuan itu dalam tempoh suku pertama tahun ini yang melibatkan antaranya aspek pentadbiran dan integriti.

"Kita mahu membersihkan semua persatuan sukan dari segi salah laku atau rasuah. Bukan saja Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tetapi semua persatuan.

“Ada persatuan yang bebas daripada penelitian pihak kementerian sebab itu Pesuruhjaya Sukan sangat aktif untuk perhalusi satu persatu sistem pentadbiran dalam persatuan,” katanya selepas majlis makan tengah hari bersama peserta Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) di Kuala Lumpur hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden persatuan sukan ditahan SPRM

PKBM 'kunci mulut' isu penahanan SPRM

Beliau mengulas mengenai pemimpin Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, pihaknya menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

“Dalam kes PKBM khususnya, kita telah memberikan bantuan sepenuhnya kepada pihak SPRM, sokongan sepenuhnya supaya siasatan ini dapat diadakan dengan seadil mungkin,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: