Ibu terkejut terima manfaat takaful Simpan SSPN Plus

Mohd Rusdi (tengah) menyerahkan replika kad manfaat perlindungan takaful Simpan SSPN Plus kepada Maheran (kanan) diiringi Fauzi Azli di Kampung Genting Palas, Kuala Nerang, pada Ahad.
Mohd Rusdi (tengah) menyerahkan replika kad manfaat perlindungan takaful Simpan SSPN Plus kepada Maheran (kanan) diiringi Fauzi Azli di Kampung Genting Palas, Kuala Nerang, pada Ahad.
A
A
A
PADANG TERAP - Seorang ibu di Kampung Genting Palas, Kuala Nerang di sini yang diuji dengan sakit kritikal tidak menyangka turut menerima manfaat takaful selaku pendeposit selepas membuka akaun Simpan SSPN Plus untuk tiga orang anaknya pada tahun 2017.

Pegawai kerajaan Maheran Ali,48 berkata, dia mengambil pakej Intan dengan jumlah komitmen sebanyak RM30 sebulan iaitu RM20.00 untuk simpanan dan RM10.00 untuk caruman takaful untuk setiap orang anaknya.

"Kemudian pada awal tahun ini saya diuji dengan sakit kritikal, anak saudara saya bagi tahu saya boleh buat tuntutan untuk sakit kritikal ini," katanya ketika ditemui pada Program Ziarah PTPTN Prihatin, Sesi Penyerahan Manfaat Perlindungan Takaful Simpan SSPN Plus di rumahnya di sini pada Ahad.

Penyerahan terbabit disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mohd Rusdi Ismail. Turut hadir, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Kedah, Fauzi Azli Salleh.

Menurutnya, kepada ibu bapa yang berkemampuan Maheran menyeru mereka membuat simpanan di Simpan SSPN Plus untuk masa depan anak-anak.

"Sebenarnya kita mungkin tak nampak manfaat semasa kita menyimpan, tetapi bila kita diuji dengan sakit kita akan nampak manfaatnya.

"Manfaat yang diterima juga sangat besar berbanding jumlah caruman takaful iaitu RM10 sebulan," katanya.

Sementara itu, Mohd Rusdi berkata, melalui caruman takaful RM30.00 sebulan (bagi 3 akaun), beliau sebagai pendeposit Simpan SSPN Plus telah mendapat manfaat perlindungan takaful (penyakit kritikal) sebanyak RM12,000.00 bagi setiap akaun dengan jumlah keseluruhan yang diterima sebanyak RM36,000.00 dan elaun kemasukan wad berjumlah RM3,225.00. Maka jumlah keseluruhan manfaat yang diterima adalah sebanyak RM39,225.00

"Produk Simpan SSPN Plus menawarkan enam pakej simpanan yang terdiri daripada simpanan dan perlindungan takaful yang komprehensif dengan komitmen bulanan serendah RM30 sebulan iaitu hanya RM1.00 sehari sahaja, bergantung kepada pakej yang dipilih.
Artikel Berkaitan:


"Keistimewaan tambahan lain yang ditawarkan adalah manfaat perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta, manfaat khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak maksimum lima orang anak, manfaat takaful penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital dan perlindungan takaful sehingga umur pendeposit 69 tahun, tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih.

"Selain itu, komitmen serendah RM30 sebulan untuk pakej Intan dan tiada pemeriksaan kesihatan, kecuali bagi pakej Berlian sahaja yang perlu menjawab tiga soalan kesihatan," katanya.

Jelasnya, Simpan SSPN Plus menyediakan tiga pilihan Syarikat Pengendali Takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad yang menawarkan keistimewaan manfaat perlindungan takaful yang menarik.

"Melalui keistimewaan dan manfaat produk Simpan SSPN, PTPTN berharap ia dapat membantu meringankan beban kewangan pendeposit. Sememangnya nilai manfaat ini tidak dapat mengembalikan kesihatan yang terganggu, namun dengan manfaat yang diterima dapat memastikan masa depan keluarga terus terjamin dan kelangsungan hidup sekeluarga dapat diteruskan," katanya.

Mohd Rusdi berkata, sebagai usaha untuk menggalakkan budaya menabung dalam kalangan masyarakat, PTPTN telah menganjurkan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 dengan tawaran hadiah wang tunai yang lumayan bernilai lebih RM1.3 juta untuk 983 orang pendeposit. Kempen ini sebagai usaha PTPTN untuk menggalakkan lagi penabungan dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

"PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pendeposit dan waris dengan menyediakan produk simpanan berserta perlindungan takaful yang komprehensif. Maklumat lanjut berkenaan Simpan SSPN boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!