Menyamar inspektor gara-gara fanatik dengan seragam polis

Muhammad Izuddin (tengah) menunjukkan peralatan yang dirampas daripada seorang penuntut kolej yang menyamar sebagai pegawai polis di Parit Raja kira-kira jam 2.45 pagi hari ini.
Muhammad Izuddin (tengah) menunjukkan peralatan yang dirampas daripada seorang penuntut kolej yang menyamar sebagai pegawai polis di Parit Raja kira-kira jam 2.45 pagi hari ini.
A
A
A

BATU PAHAT - Akibat terlalu fanatik dengan pakaian seragam polis, seorang penuntut kolej di daerah ini mengambil tindakan berani dengan menyamar sebagai anggota polis awal pagi tadi.

Namun tindakannya itu dikesan anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Batu Pahat yang membuat pemantauan di sekitar Parit Raja di sini kira-kira jam 2.45 pagi tadi selepas mendapati pengenalan diri polis yang digunakannya adalah palsu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Runggai berkata, ketika anggota polis menghampirinya, dia memperkenalkan diri sebagai pegawai berpangkat inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang sedang memantau penugasan polis di Batu Pahat.

“Curiga dengan dakwaannya, anggota bertugas terus melakukan pemeriksaan dan menemui sepucuk pistol palsu, sekeping gambar berukuran saiz pasport berseragam polis.

“Turut ditemui adalah beberapa aksesori seragam serta peralatan kerja seorang pegawai polis seperti topi, jaket kalis peluru, kunci gari, lampu suluh serta pisau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peralatan yang dirampas daripada seorang penuntut yang menyamar sebagai anggota polis di sekitar Parit Raja sekitar jam 2.45 pagi hari ini.
Peralatan yang dirampas daripada seorang penuntut yang menyamar sebagai anggota polis di sekitar Parit Raja sekitar jam 2.45 pagi hari ini.

Menurutnya, penuntut itu dipercayai membeli kesemua aksesori itu secara dalam talian sejak beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

"Penuntut itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 171 Kanun Keseksaan kerana menyamar penjawat awam.

"Dia turut disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol tiruan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran,” katanya.

Katanya, penuntut itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.