X

Kindly register in order to view this article
!

Worldwide Holdings pupuk kesedaran cintai alam

Peserta yang menyertai WHB Enviro Battlefield Challenge 2020 anjuran Worldwide Holdings Berhad bergambar sebelum program berlangsung di Taman Botani Negara Shah Alam semalam.
A
A

SHAH ALAM – Worldwide Holdings Berhad yang aktif dalam aktiviti pengurusan alam sekitar membuka tirai tahun 2020 dengan menganjurkan WHB Enviro Battlefield Challenge 2020 di Taman Botani Negara Shah Alam di sini semalam.

Program tanggungjawab sosial korporat bertema Green itu bagi memberikan kesedaran pentingnya aktiviti sihat dalam kalangan peserta.

Memasuki tahun ketiga penganjurannya, program itu terus mendapat kerjasama anak syarikatnya, Worldwide Landfills Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datin Norazlina Zakaria berkata, program itu bertujuan mendidik dan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat sekali gus memberi penekanan penjagaan alam sekitar khususnya ke arah pencemaran alam sifar dan pemanasan global.

“Bagi penganjuran tahun ini, program turut disertai wakil daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah di Selangor, agensi kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), anak-anak syarikat, media, institusi pengajian tinggi, sekolah dan penduduk sekitar termasuk dari kawasan pembangunan Worldwide Holdings di Subang Bestari dan Puncak Bestari,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!