Liverpool gah tawan puncak EPL

Salah meraikan jaringannya di Anfield malam tadi. -Foto AFP
Salah meraikan jaringannya di Anfield malam tadi. -Foto AFP
A
A
A

LIVERPOOL semakin menghampiri gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membenam Southampton 4-0 di Anfield malam tadi.

Bagaimanapun, kesebelasan The Reds itu terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk mula menjaringkan gol berikutan aksi baik ditunjukkan pasukan pelawat sepanjang aksi babak pertama.

Malah, pengendali Liverpool Jurgen Klopp mengakui barisan kesebelasan utama Southampton yang diterajui Danny Ings juga beraksi baik dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan.

Menurut Klopp, skuad The Saint itu juga berjaya mencipta banyak peluang bagi merobek gawang The Reds sehingga pada suatu ketika hampir memperoleh gol.

“Kami sendiri sebenarnya tidak sempurna dan kami tidak hiraukannya. Kami cuma mahu lakukan yang terbaik dengan menggunakan kepakaran yang kami miliki dengan cara yang terbaik.

“Pemain-pemain saya berjaya lakukan dan sebab itulah kami berada pada tahap ini. Ia bukanlah sesuatu yang terlalu istimewa, cuma ia adalah hasil kerja keras.

“Malah, sebenarnya kami juga boleh menang 6-0 sekiranya beberapa peluang keemasan dimanfaatkan dengan baik,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Liverpool membuka tirai jaringan menerusi Oxlade Chamberlain pada minit ke-47 sebelum kapten, Jordan Henderson meledak gol kedua pada minit ke-60.

Artikel Berkaitan:

Penyerang sensasi, Mohamed Salah kemudiannya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-72 sebelum menambah satu gol lagi pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan bergaya The Reds.

Hasil kemenangan itu menyaksikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan pada carta EPL dengan 73 mata - berkelebihan 22 mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City.

“Ia bukannya sesuatu yang buat kita rasa lebih kuat hari demi hari setelah setiap kemenangan yang diperoleh. Kita raikan (kemenangan), lepaskan (tekanan), selesai dan dan bekerja semula,” ujar Klopp lagi.