'Miftah Alam' kisah dua alam berbeza

Penerbit filem, Ridzuan (tengah) dan Adnan (dua dari kanan) bersama pengarah, Mohamad Aidil(tiga dari kiri) bersama pelakon Zera (kiri), Taiyuddin (dua dari kanan) dan Jue Aziz(dua dari kiri).
Penerbit filem, Ridzuan (tengah) dan Adnan (dua dari kanan) bersama pengarah, Mohamad Aidil(tiga dari kiri) bersama pelakon Zera (kiri), Taiyuddin (dua dari kanan) dan Jue Aziz(dua dari kiri).
A
A
A

TEMERLOH - Kisah dua alam yang berbeza iaitu alam manusia dan bunian yang sarat dengan kesedaran, tauladan, pesanan dan pedoman menjadi tema utama filem 'Miftah Alam' yang akan ditayangkan di pawagam tanah air bermula 19 September ini.

Filem sulung terbitan DMJ Megah Sdn Bhd berdurasi 1 jam 21 minit arahan Mohamad Aidil Azhar itu berunsurkan seram dan komedi menampilkan gandingan pelakon baharu dan berpengalaman antaranya Zera Hafiz, Taiyuddin Bakar, Zam Azmi, Eyka A.Rahim, Jue Aziz, Mubarak Majid, Rusminah Sidek serta Adam Corrie dan Julia Zingler sebagai cameo dalam filem tersebut.

Mohamad Aidil yang juga bertindak penulis skip memberitahu, kisah yang ditampilkan dalam filem itu memaparkan realiti yang berlaku dalam kehidupan harian masyarakat.

Menurutnya, penggambaran filem itu banyak dilakukan di kawasan Jengka antaranya di Jengka 14, Bandar Pusat Jengka, Lubuk Yu dan selebihnya di Kuala Lumpur, Ulu Yam pada Mei tahun lepas dalam tempoh lebih sebulan dengan kos hampir RM1 juta.

"Miftah adalah sebutan dari bahasa Arab yang membawa maksud 'kunci' dan penonton boleh nampak kehidupan harian masyarakat yang nyata dalam filem tersebut.

"Selama proses penggambaran segalanya berjalan lancar dan Alhamdulillah tiada berlaku insiden mistik yang berlaku," katanya yang juga anak jati Pahang.

Beliau ditemui pelancaran filem itu di Hotel Seri Malaysia di sini pada Isnin yang turut dihadiri penerbit filem, Ridzuan Shah Isa dan Adnan Yajid selain pelakon iaitu Zera Hariz, Taiyuddin Bakar serta Jue Aziz.

Ujar beliau lagi, pelakon juga diberikan kebebasan untuk menampilkan watak-watak masing-masing selain mengalu-alukan idea untuk filem tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, bagi pelakon utama filem tersebut, Zera menyifatkan ia satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila dapat berganding dengan barisan pelakon berpengalaman.

"Pertama kali sebenarnya saya takut, mudah terkesan dengan unsur-unsur seram sebegini tapi saya sahut cabaran ini untuk menguji kebolehan diri dan banyak pengambaraan dibuat dalam hutan.

"Dalam filem ini, saya ada dua watak iaitu satu menjadi diri sendiri, seorang yang ceria dan satu lagi, split personaliti dengan menuntut ilmu hitam demi mendapatkan seorang lelaki," tambah pelakon itu atau nama sebenarnya Nur Nazira Harizan.

Antara pelakon yang membintangi filem Miftah Alam, dari kiri, Zera, Taiyuddin dan Jue Aziz.
Antara pelakon yang membintangi filem Miftah Alam, dari kiri, Zera, Taiyuddin dan Jue Aziz.

Bagi Taiyuddin Bakar, unsur komedi yang diserapkan dalam filem itu secara spontan dan menyifatkan ia satu watak berbeza dalam filem tersebut berbanding kebiasaan.

"Ini rasanya kali pertama saya berlakon dalam filem genre seram dan dalam filem ini, saya teruja dengan Zera yang juga produk Aswara, gembira persembahan yang ditampilkan," jelas pelakon berusia 41 tahun itu.

Jue Aziz pula memberitahu terdapat penambahan babak dalam filem tersebut dan memegang watak kakak kepada Zam Azmi.

"Sebenarnya ada kelainan bila ada yang terkejut rupanya saya yang kelakar juga selain turut menari dalam filem ini," akuinya.

Sementara itu, Ridzuan dan Adnan mengharapkan sokongan padu penonton selain boleh diterima masyarakat apabila ia ditayangkan nanti.

Ujar mereka, filem itu juga hasil karya pertama dan terbitan anak jati Pahang.

"Filem ini sesuai ditonton oleh semua laporan masyarakat seisi keluarga tidak kira apa juga bangsa dan banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil dalam filem ini

"Harapan memang tinggi kerana ini filem pertama kita jadi kita cuba belajar kesilapan lalu untuk melahirkan filem menarik tanpa mana-mana dana dan hasilnya boleh dilihat di pawagam.

"Kalau meletup, Insya-ALLAH akan melahirkan filem lebih baik dan mana tahu Finas bagi dana, ada sambungan filem ini," jelasnya filem itu akan ditayangkan lebih 30 pawagam menerusi Skim Wajib Tayang.

Sinopis ringkas mengisahkan empat sahabat iaitu Adam yang dilakonkan Zam Azmi, Zera (Zera), Hawa (Eyka) dan Iman (Taiyuddin) berkawan dari zaman persekolahan hingga dewasa.

Dari zaman persekolahan lagi

Hawa ada memendam perasaan terhadap Adam, namun Hawa hanya menyimpan rasa cinta dan semua perasaannya terhadap Adam dan tidak mahu meluahkan sedikitpun.

Setelah mereka semua berkerja, Zera pula cuba untuk mendekati Adam dan berusaha untuk memenangi hati Adam tanpa meluahkan kata cinta tetapi Zera menunjukkan sikapnya dan perbuatannya yang dia benar-benar mencintai Adam.

Zera yang berpewatakan baik dan ceria itu mampu untuk menutup bahawa dirinya adalah

seseorang yang mengamalkan ilmu hitam dan mempelajari semua daripada seseorang kenalannya dengan panggilan ‘Bonda’.

Dengan amalan dan kelebihan ilmu kebatinannya, Zera mampu untuk mengubah segala keinginannya agar berpihak kepadanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!