X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Op Selamat: 215 kematian dalam tempoh 14 hari

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 215 kematian direkodkan daripada 191 kes nahas maut yang berlaku sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan pada 18 Januari lepas hingga semalam, sempena Tahun Baru Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kematian yang paling tinggi dengan 139 mangsa.

Sementara Selangor kekal merekodkan kes kematian paling tinggi iaitu 35 kes, diikuti Johor (34 kes), Pahang (20), manakala Sarawak (20) dan Kelantan 18 kes.

“Dalam tempoh berkenaan, 21,941 kes nahas jalan raya direkodkan dengan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 6,162 kes diikuti Johor (3,367), Kuala Lumpur (2,469) dan Perak (1,833), Pulau Pinang (1,761), Negeri Sembilan (1,070), Kedah (1,003).

“Pahang (936), Melaka (821), Sarawak (713), Sabah (663), Kelantan (466), Terengganu (424) dan Perlis (73),” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebanyak 373,212 saman turut dikeluarkan dengan 235,966 saman merangkumi enam kesalahan utama antaranya menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 akan berterusan sehingga hari ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!