Topeng muka rupanya...

Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas diminta bantuan berhubung penemuan kotak di hadapan bangunan konsulat hari ini.
Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas diminta bantuan berhubung penemuan kotak di hadapan bangunan konsulat hari ini.
A
A
A

GEORGETOWN - Konsulat China gempar apabila tiga buah kotak ditemui di hadapan bangunan yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil maklumat diterima, lima lelaki dan dua wanita menaiki dua buah kenderaan meninggalkan kotak-kotak itu di hadapan pintu masuk bangunan tersebut.

Menurutnya, kelibat kumpulan itu disedari kakitangan konsulat terbabit selepas didapati meletakkan kenderaan mereka iaitu Toyota Estima dan Toyota Innova di hadapan bangunan konsulat sambil mengeluarkan tiga buah kotak.

Gempar apabila tiga kotak ditemui di hadapan bangunan Konsulat China tadi.
Gempar apabila tiga kotak ditemui di hadapan bangunan Konsulat China tadi.

"Kesemua mereka mengatakan tujuan untuk menderma topeng muka untuk rakyat China sambil mengeluarkan tiga kotak kertas dari kereta Toyota Estima.

"Selepas meletakkan kotak-kotak terbabit, kumpulan itu memegang tiga poster bertulis 'Wuhan jangan putus asa', 'China terus berusaha' dan 'Rakyat Cina di Malaysia mendoakan keselamatan dan kesihatan' dalam bahasa Mandarin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, kumpulan tersebut turut merakam gambar dan video dalam tempoh setengah jam sebelum beredar.

"Tiada kekecohan berlaku ketika kejadian. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pasukan Pensenjata (Unit Bom) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan mendapati kandungan ketiga-tiga kotak itu mengandungi topeng muka," katanya.