Teleskop rakam perincian matahari resolusi tinggi

Plasma yang meliputi matahari dalam struktur seperti sel boleh dilihat dengan resolusi tinggi.
Plasma yang meliputi matahari dalam struktur seperti sel boleh dilihat dengan resolusi tinggi.
A
A
A

HONOLULU - Sebuah teleskop besar yang dibina di puncak pulau Hawaii telah menghasilkan imej permukaan matahari dalam perincian yang belum pernah dilihat dengan sel plasma sebesar saiz Texas, Amerika Syarikat.

Matahari yang merupakan bola gergasi plasma itu telah diperhatikan dari bumi menggunakan teleskop selama beberapa abad dan melalui satelit selama beberapa dekad.

Kemudahan saintifik di pulau Maui, Daniel K Inouye Solar Telescope mempunyai cermin sebesar empat meter yang terbesar di dunia untuk teleskop solar.

"Imej ini mempunyai resolusi tinggi yang anda pernah lihat. Kini kami boleh melihat struktur berdasarkan model komputer di mana kami tidak pernah mempunyai resolusi setinggi itu untuk melihatnya sebelum ini," kata pengarah teleskop, Thomas Rimmele.

Imej pertama yang diterbitkan Rabu lalu menunjukkan corak plasma yang meliputi matahari dalam struktur seperti sel yang terhasil daripada proses perolakan. - Agensi

Artikel Berkaitan: