15 anggota bomba terlibat operasi SAR wanita tertimbus tanah jerlus

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 15 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah jerlus di hadapan Masjid India di sini pada Jumaat.
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Riduan Akhyar berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.22 pagi.
"Seramai 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Hang Tuah sebagai pasukan awal untuk menangani insiden kecemasan," katanya.

Mohd Riduan berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa wanita berusia 48 tahun terjatuh ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.
"Kedalaman lubang dianggarkan lapan meter. Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
"Unit Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut berada di lokasi kejadian," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Pas, UMNO Shah Alam buat laporan polis terhadap Peguam Negara
08 November 2026 01:25pmKKM siasat aduan keracunan makanan membabitkan produk roti
08 November 2026 12:22pmLelaki maut kemalangan dua kereta di MRR2
08 November 2026 11:42amAhli Parlimen Kota Melaka dipanggil polis isu bantuan Deepavali
08 November 2026 11:18amJPJ Pahang keluar 28 notis, ubah suai kenderaan perdagangan jadi sasaran
08 November 2026 10:26amDatuk bandar mengamuk, dua doktor 'berasmara' dalam bilik berkunci ketika hospital sibuk
08 November 2026 07:15amSerangan siber bertubi-tubi, Malaysia didakwa bertindak balas
07 November 2026 02:51pmLelaki bunuh isteri, enam ahli keluarga mangsa termasuk ibu mentua
08 November 2026 08:15amPelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus
08 November 2026 07:30am- Iklan -- Iklan -
