Dua rumah teres terbakar

Anggota bomba melalkukan pemeriksaan selepas kebakaran berjaya dipadamkan. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba melalkukan pemeriksaan selepas kebakaran berjaya dipadamkan. - Foto ihsan bomba
A
A
A

KUANTAN - Dua rumah teres terbakar dalam kejadian di Taman Perumahan Indera Sempurna di sini malam tadi.

Kebakaran pada jam 10.35 malam itu dipercayai berpunca daripada sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat ke rumah bersebelahan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, rumah pertama yang didiami seorang warga emas bersama seorang anak dan dua cucu musnah hampir 50 peratus.

"Bagi rumah kedua yang didiami empat sekeluarga dianggarkan kerosakan 15 peratus melibatkan kemusnahan pada bahagian bumbung.

"Namun begitu punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.37 malam dan jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bomba (BBP) Taman Tas tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

"Kita turut mendapatkan bantuan BBP Indera Mahkota dengan kekuatan anggota seramai 20 orang.

"Sebanyak dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera water tanker dan sebuah van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digunakan dalam operasi itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau memaklumkan, kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 11.17 malam.