Trump sekali lagi ugut tutup sempadan

 Pendatang Amerika Tengah menunggu berhampiran pagar sempadan AS-Mexico di Tijuana, Baja California. - Foto AFP
Pendatang Amerika Tengah menunggu berhampiran pagar sempadan AS-Mexico di Tijuana, Baja California. - Foto AFP
A
A
A
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengugut untuk menutup sempadan AS-Mexico bagi menyekat kebanjiran pendatang terutama dari Amerika Tengah.

Ugutan berkenaan dibuat beberapa hari selepas seorang mahkamah persekutuan menyekat arahan anti pendatang yang bertujuan menghalang pendatang daripada mendapat suaka, kecuali mereka yang memasuki melalui saluran yang betul.

"Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal dan keselamatan rakyat negara ini mula terancam, kita akan menutup pintu masuk untuk suatu tempoh tertentu hingga keadaan kembali pulih," kata Trump di kelab Mar-a-Lago di Florida ketika sambutan Thanksgiving.

Trump menegaskan keseluruhan sempadan akan ditutup dan kerajaan Mexico didesak mengukuhkan pertahanan dan mengawal keadaan di sempadan mereka.

Bulan lalu, Trump memberi amaran akan menutup sempadan sekiranya kebanjiran kumpulan besar pendatang yang menuju ke AS tidak dihentikan.
Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN:Trump ancam guna tentera tutup sempadan AS-Mexico]

Sementara itu, penunjuk perasaan termasuk penduduk tempatan turut membantah kedatangan pendatang terbabit ke bandar Tijuana dan menggelar mereka sebagai 'penceroboh'. - Press TV