Susun baju ikut warna, mudahkan padanan gaya

USAH membazir membeli pakaian baharu, gayakan sahaja dengan teknik suai dan padan.
USAH membazir membeli pakaian baharu, gayakan sahaja dengan teknik suai dan padan.
A
A
A

PASTI sebahagian besar wanita berdepan situasi sama setiap hari yang mana bingung memikirkan pakaian untuk digayakan.

Buka sahaja almari, ayat yang pantas terpacul, ‘alamak tiada baju nak pakai la!’

WANITA disarankan menyusun pakaian mengikut kategori item dan warna.
WANITA disarankan menyusun pakaian mengikut kategori item dan warna.

Walhal, di dalam gerobok itu bersusun koleksi busana variasi rona dan rekaan.

Justeru, bagi membantu golongan wanita keluar daripada dilema ‘tiada baju’, Perunding Imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin berkongsi tip suai dan padan.

SYAHEERAH HANIS.
SYAHEERAH HANIS.

“Tip mix and match ini bertujuan memberi idea bahawa sebenarnya banyak baju dan seluar sepadan untuk digayakan,” katanya berkongsi tip menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Antara tip tersebut ialah:

Artikel Berkaitan:

1. Susun baju, seluar dan tudung mengikut warna. Sebagai contoh baju rona putih, kelabu, biru manakala seluar pula putih dan hitam.

Tudung disusun biru muda dan biru pekat serta warna-warna seterusnya.

2. Padankan baju A dengan seluar A seperti baju warna putih bercorak bunga dengan seluar nuansa hitam.

3. Kemudian, baju putih ‘tuck in' dan dipadankan pula bersama jaket lengan panjang atau jaket labuh.

4. Bagi wanita bertudung, praktik konsep suai dan padan pakaian berkenaan dengan hijab mengikut warna corak bunga atau warna asas baju.

5. Sebelum keluar rumah, jangan lupa sempurnakan penampilan dengan kasut sneakers.

Mudah bukan. Selamat mencuba?