19 Ketua Bahagian Bersatu Sabah menang tanpa bertanding

606170
606170
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Tuaran apabila tidak dicabar sehingga pencalonan ditutup pada Ahad lalu.

Pada sesi pencalonan pemilihan parti Ahad lalu menyaksikan tiada individu lain yang mengemukakan borang untuk mencabar Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman.

Timbalannya, Datuk Seri Masidi Manjun turut menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian Bersatu Ranau.

Turut menang tanpa bertanding Setiausaha Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran), Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan (Libaran) dan Bendahari Bersatu Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Kimanis).

14 lagi jawatan ketua bahagian juga kekal menjadi milik Datuk Rahim Bakri (Kudat), Datuk Wetron Bahanda (Kota Marudu), Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Mohamed Razali Mohamed Razi (Sepanggar), Datuk Faisyal Yusof Hamdan Diego (Kota Kinabalu) dan Senator Datuk John Ambrose (Penampang).

Masidi, Arifin dan Ronald
Masidi, Arifin dan Ronald

Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar (Papar), Datuk Isnin Haji Alisnih (Beaufort), Matbali Musah (Sipitang), Datuk Rubin Balang (Tenom), Azman Ruslan (Keningau), Senator Datuk Abdul Ghani Yassin (Pensiangan), Datuk Awang Kadin Tang (Sandakan) dan Aksyah Nasrah (Kinabatangan).

Hanya lima bahagian iaitu Libaran, Semporna, Silam, Tawau dan Kalabakan menyaksikan berlakunya pertandingan dua penjuru kecuali Putatan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Setiausaha Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, kesemua 25 bahagian di negeri ini layak mengemukakan pencalonan bagi pemilihan ketua bahagian yang pertama kali diadakan.

“Bagi pemilihan Ketua Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun bersama 20 lagi Ketua Srikandi berjaya mengekalkan jawatan mereka apabila turut tidak dicabar.

"Antara yang menang tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua Srikandi, Datuk Amisah Yassin (Ranau), Setiausaha Srikandi, Datuk Redonah Bahanda (Kota Marudu), Ketua Penerangan Srikandi, Mizma Appehdullah (Silam) dan Bendahari Srikandi, Jamaliah Antalip (Tuaran),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Firdaus dan hajiji
Khairul Firdaus dan hajiji

Hanya empat bahagian mencatatkan saingan dua penjuru iaitu Penampang, Tenom, Tawau dan Kalabakan.

Bagi jawatan Ketua Armada Bersatu bahagian, 20 Ketua Armada juga berjaya mengekalkan jawatan mereka apabila tidak dicabar.

“Proses penamaan calon yang berlangsung Ahad lalu berlangsung dengan tenang, aman dan lancar.

“Tiada sebarang kekecohan berlaku dan harap ia dapat diteruskan masa berkempen nanti,” katanya.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, di peringkat cawangan, persidangan dan pemilihan akan diadakan bermula pada 15 Februari dan akan berakhir pada 29 Mac, manakala di peringkat bahagian pula pada 18 April.

Manakala Perhimpunan Agung Bersatu bakal berlangsung pada 25 hingga 28 Jun depan.