Umur 55 tahun boleh daftar Skim Takaful Kifalah

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

TUMPAT - Skim Takaful Kifalah Warga Emas yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan sejak Februari 2007 ditambah baik apabila syarat umur diturunkan kepada 55 tahun.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, syarat baharu itu bermula Januari ini.

Menurutnya, Skim Takaful Kifalah sebelum ini menetapkan syarat hanya peserta berumur 60 tahun ke atas layak mendaftar.

“Tetapi tahun ini ada penambahbaikan apabila had umur diturunkan. Yang berumur 55 tahun dan ke atas boleh mendaftar kerana kita mahu meramaikan lagi peserta,” katanya ketika ditemui di Wisma Ibadurrahman, Kampung Paloh di sini.

Skim Takaful Kifalah adalah khairat kematian percuma yang ditawarkan kerajaan negeri melalui anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan iaitu Kifaalah Sdn Bhd.

Skim itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Kelantan dan terbuka kepada seluruh rakyat negeri ini.

Ahmad berkata, tahun ini tiada lagi bayaran berperingkat kerana bayaran RM1,000 dibayar terus kepada wasi.

Artikel Berkaitan: