Pemilik tanah terlibat projek ECRL wajar diberi pampasan

Ismail (dua,Kanan) ketika meninjau di kawasan tapak laluan projek di daerah itu baru-baru ini.
Ismail (dua,Kanan) ketika meninjau di kawasan tapak laluan projek di daerah itu baru-baru ini.
A
A
A

MARAN - Penduduk yang terlibat dengan pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini wajar mendapat pampasan setimpal daripada pihak berkenaan.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, ini kerana ada segelintir daripada mereka akan hilang tanah dan sumber pendapatan.

"Pemilik tanah telah berkorban tanah warisan mereka untuk projek ini dan pihak berkenaan seharusnya menilai tanah itu dengan lebih tinggi," katanya.

Ismail berkata, berdasarkan maklumat sebanyak 100 hektar tanah milik persendirian di daerah Maran terlibat dalam projek ECRL.

Ismail (tengah) mendengar penerangan dan meninjau kawasan tapak laluan projek itu yang disertai wakil syarikat, jabatan dan NGO.
Ismail (tengah) mendengar penerangan dan meninjau kawasan tapak laluan projek itu yang disertai wakil syarikat, jabatan dan NGO.

"Antara kawasan tanah yang terlibat di Paya Pasir, Chenor, Sungai Long, Sentosa dan Luit yang kini dalam proses penilaian," katanya.

Katanya, laluan sepanjang 200 kilometer yang merentasi negeri ini akan membawa impak positif dari segi sosioekonomi dan sosial di kawasan luar bandar serta bandar.

"Keputusan kerajaan Persekutuan untuk meneruskan pelaksanaan projek ECRL bernilai RM44 bilion sangat tepat kerana memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan rangkaian perhubungan yang lebih efisien.

Artikel Berkaitan:

"Projek mega ini secara langsung akan menjadi satu lagi pencetus perubahan untuk negeri pantai timur sekali gus bakal mengubah landskap pembangunan di Pahang," katanya.