SPRM dakwa bekas Pengurus PAIP esok

SPRM
SPRM
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa bekas Pengurus Perolehan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Sani Khan Ali Khan.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, Sani Khan bakal berhadapan dengan 22 pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009.

Pendakwaan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Sesyen Kuantan pada esok.

“Maklumat selanjutnya berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” kata SPRM.

Artikel Berkaitan: