Rusia usir wartawan Jepun disyaki mengintip

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Pihak berkuasa Rusia mengusir seorang wartawan Jepun kerana disyaki cuba mendapatkan maklumat sulit mengenai tentera Rusia.

Menurut agensi berita Xinhua, memetik agensi berita TASS pada Isnin seorang pegawai Kementerian Luar Negeri Rusia berkata, suspek ditahan pada 25 Disember di bandar Vladivostok.

Suspek diberi tempoh 72 jam untuk meninggalkan Rusia, kata pegawai itu.

Kementerian Luar Rusia telah memanggil menteri penasihat di kedutaan Jepun di Moscow untuk menyerahkan surat mengenai kesalahan yang telah dilakukan oleh warga Jepun itu, kata pegawai berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: