Sogokan: Pas Terengganu masih tunggu tindakan pihak berkuasa

Alias ketika sidang akhbar khas di Pusat Media Pas Terengganu, di sini pada Jumaat.
Alias ketika sidang akhbar khas di Pusat Media Pas Terengganu, di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu masih menunggu tindakan pihak berkuasa berhubung laporan wujudnya perbuatan rasuah atau sogokan sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Alias Razak mendakwa, laporan itu dibuat kerana didapati berlakunya kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam masa sama menggesa supaya tindakan segera diambil ke atas laporan yang dibuat itu.

"Tindakan segera ini adalah sangat penting bagi menjamin keabsahan keputusan pilihan raya dan memelihara sistem demokrasi yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini.

"Jadi, Pas Terengganu berharap agar pihak berkuasa tidak memilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang dalam hal ini," katanya ketika sidang akhbar khas di Pusat Media Pas Terengganu, di sini pada Jumaat.

Pemuda Pas Terengganu pada Khamis tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya sogokan kepada pasukan keselamatan yang mengundi awal pada Selasa.

Ketua Penerangannya, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, sogokan itu didakwa dilakukan ejen calon sebuah parti politik.

Sementara itu, Alias dalam perkembangan sama turut menggesa pengundi untuk sentiasa memantau sebarang aktiviti berkaitan salah laku parti menjelang hari pengundian pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

"Jika ada, segera laporkan kepada pihak berserta dengan bukti-bukti yang berkaitan," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!