Tiada jangkitan koronavirus di Pahang

hj
hj
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menafikan berlaku kes jangkitan koronavirus di negeri ini seperti mana yang ditularkan di laman sosial Facebook hari ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, dakwaan mengatakan seorang pesakit di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Indera Mahkota di sini dijangkiti koronavirus adalah tidak benar.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki itu telah menerima rawatan di hospital berkenaan kerana jangkitan virus biasa.

“Pesakit merupakan warga Malaysia dan tiada kaitan dengan perjalanan ke Wuhan atau China dalam tempoh 14 hari sebelum sakit.

“Sehingga semalam, tiada sebarang kes yang disyaki jangkitan koronavirus dimasukkan ke mana-mana hospital di negeri ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Dr Bahari berkata, semua ujian makmal bagi pengesahan dilakukan di dua makmal iaitu di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).

“Admin Facebook berkenaan telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas kesilapan memuat naik maklumat tidak benar itu sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen.

“Pihak kami meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hari dan tidak menyebarkan berita tidak benar sehingga menimbulkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Artikel Berkaitan: