Koronavirus: Netizen gembira kerajaan sekat pelancong China

Perkongsian Mahathir kini tular di media sosial yang meraih 2,600 ulang kicau, dan antara reaksi netizen yang menarik nafas lega apabila desakan rakyat untuk tidak membenarkan pelancong China datang buat sementara waktu didengari oleh kerajaan
Perkongsian Mahathir kini tular di media sosial yang meraih 2,600 ulang kicau, dan antara reaksi netizen yang menarik nafas lega apabila desakan rakyat untuk tidak membenarkan pelancong China datang buat sementara waktu didengari oleh kerajaan
A
A
A

SHAH ALAM – Ramai netizen menarik nafas lega berikutan keputusan kerajaan hari ini menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada warganegara China khususnya dari Wuhan dan Hubei sebagai langkah membendung koronavirus.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan berkuat kuasa serta merta itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan koronavirus.

Kenyataan akhbar mengenai keputusan kerajaan itu dengan pantas menjadi tular di media sosial bermula daripada perkongsian oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui laman Twitter.

Perkongsian itu kini meraih 2,600 ulang kicau dan rata-rata netizen menarik nafas lega dengan menganggap seolah-olah suara hati mereka didengar oleh kerajaan supaya tidak membenarkan pelancong China memasuki Malaysia berikutan kehadiran koronavirus yang semakin ditakuti oleh rakyat ketika ini.

“Akhirnya, suara rakyat didengari. Syabas Tun M melakukan tindakan yang betul demi kesihatan masyarakat di Malaysia. Biar kita rugi tak terima pelancong asal wabak itu tak merebak teruk di negara kita,” tulis @aliahmad di Twitter.

@supirnadin pula memberitahu “Terima kasih kerajaan Malaysia akhirnya menyekat mereka daripada memasuki negara kita buat sementara waktu. Saya rasa pun negara China mesti okay sebab hanya untuk Wuhan dan Hubei sahaja bukan satu negara China,”.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Kerajaan gantung sementara visa warga China

Berikutan wabak koronavirus yang bermula dari China itu merebak ke merata dunia termasuk Malaysia, rakyat di negara ini tidak terkecuali daripada dilanda bimbang jika dijangkiti wabak itu.

Artikel Berkaitan:

Tindakan kerajaan hari ini setidak-tidaknya mengurangkan sedikit resah dan kerisauan dalam hati mereka apabila kerajaan telah memutuskan untuk menggantung sementara semua kemudahan Imigresen iaitu Entry (kemudahan tanpa visa), visa semasa ketibaan (Visa On Arrival), e-visa dan visa manual kepada rakyat dari negara tersebut khususnya dari Wuhan, Hubei dan sekitarnya.

Kemudahan imigresen tersebut akan diberikan semula yang akan diselaraskan oleh Wisma Putra bersama pihak kerajaan China setelah keadaan kembali normal daripada wabak itu.