Koronavirus: China lanjut cuti umum Tahun Baru Cina

China mengumumkan akan memanjangkan tempoh cuti umum sambutan Tahun Baru Cina sehingga 2 Febuari depan ekoran penularan jangkitan koronavirus di negara itu. -Foto Getty Images
China mengumumkan akan memanjangkan tempoh cuti umum sambutan Tahun Baru Cina sehingga 2 Febuari depan ekoran penularan jangkitan koronavirus di negara itu. -Foto Getty Images
A
A
A

BEIJING – Kerajaan China mengumumkan akan memanjangkan tempoh cuti umum sambutan Tahun Baru Cina sehingga 2 Februari depan ekoran penularan jangkitan koronavirus di negara itu.

Pejabat Majlis Negara China dalam kenyataan berkata, Perdana Menteri, Li Keqiang membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat kumpulan pekerja di sini semalam, lapor Xinhua yang memetik sumber.

Menurutnya, lanjutan cuti itu mengurangkan kesesakan orang ramai yang kebanyakan dijadualkan berakhir pada 30 Januari.

“Langkah itu diambil bagi mengurangkan ramai orang berkumpul menyambut tahun baru dan kita boleh menyekat penyebaran wabak itu untuk menjaga kesihatan rakyat di negara ini.

“Kerajaan diminta untuk terus mengambil langkah dan perancangan yang lebih baik mengekang penularan wabak berkenaan,” katanya.

Tambahnya, universiti serta sekolah di seluruh negara akan menangguhkan pembukaan semester baharu pada musim bunga sehingga menerima notis lanjut.

Kerajaan negara itu turut mengeluarkan arahan kuarantin di Hubei, wilayah yang menjadi lokasi pertama penyebaran koronavirus.

Koronavirus yang dikelaskan sebagai virus baharu kini memberi ancaman di seluruh dunia dan dikatakan hampir sama dengan jangkitan sindrom pernafasan akut teruk (SARS).

Artikel Berkaitan:

SARS menyerang China dan Hong Kong sekitar 2002 ke 2003 yang mengakibatkan ratusan nyawa terkorban.