Dua beranak cedera kereta masuk parit

No Image Caption
A
A
A

KAPAR – Seorang wanita cedera di kelopak mata sementara anak lelakinya cedera di kaki apabila kereta dipandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Keretapi Lama menghala Tok Muda, jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima aduan dari orang awam mengenai kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton X70.

Katanya, kereta berkenaan dipercayai dipandu seorang wanita bersama tiga anaknya.

“Kira-kira jam 4 petang tadi, kita menerima makluman mengenai sebuah kereta jenis Proton X70 dipandu seorang wanita terbabas sendiri masuk ke dalam parit,” katanya.

Menurut suami mangsa, Azman Halaltaam, isterinya memandu kereta terbabit bersama tiga lagi anaknya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami pendarahan di kelopak mata manakala seorang anak lelakinya berusia 13 tahun cedera di kaki,” katanya.

Menurut beliau, sehingga jam 7 petang tadi, pihaknya masih belum menerima laporan daripada mangsa.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, kes kemalangan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di laman sosial.