Penunggang maut dihempap motosikal

Mangsa maut akibat dihempap motosikal ditunggangnya di lokasi kejadian pagi tadi. - Foto ihsan IPD Hulu Terengganu Gambar kecil: Mohd Adli
Mangsa maut akibat dihempap motosikal ditunggangnya di lokasi kejadian pagi tadi. - Foto ihsan IPD Hulu Terengganu Gambar kecil: Mohd Adli
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut akibat dihempap motosikal yang ditunggangnya selepas kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian di KM54, Jalan Kuala Jeneris - Sungai Gawi (Aring), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 11.10 pagi itu, mangsa Ridzuan Ibrahim, 45, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Triumph Tiger Explorer ABS dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menghala ke tempat kerjanya di Gong Badak, Kuala Nerus.

Katanya, ketika tiba di lokasi, mangsa yang juga seorang pengurus Restoran Marrybrown (Perak, Kelantan & Terengganu) dipercayai gagal mengawal motosikal menyebabkan terbabas ke lorong sebelah kanan menghala ke Tasik Kenyir di sini.

"Mangsa kemudiannya terjatuh dan dihempap motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: