Bukan mati disebabkan wabak koronavirus

Gambar yang tular mengaitkan mangsa maut akibat koronavirus dinafikan pihak polis apabila mangsa disahkan pihak hospital mengalami sakit jantung.
Gambar yang tular mengaitkan mangsa maut akibat koronavirus dinafikan pihak polis apabila mangsa disahkan pihak hospital mengalami sakit jantung.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan warga China yang mati mengejut di Johor Bahru berpunca akibat penyakit jantung, bukannya dijangkiti koronavirus sebagaimana ditularkan.

Dalam perkembangan petang ini, tular gambar anggota polis mengusung mayat didakwa warga China yang dikatakan mati mengejut ke dalam kenderaan pacuan empat roda pihak berkuasa itu.

Keadaan itu menyebabkan beberapa netizen panik dengan mengaitkan kematian mangsa disebabkan virus misteri yang berasal dari Wuhan, China yang sedang merebak ketika ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika mengulas perkara itu berkata, kejadian terbabit berlaku semalam di Kompleks Sultan Abu Bakar di laluan ke dua Malaysia-Singapura.

"Mangsa berusia lingkungan 70-an dari Singapura ke Malaysia meninggal dunia ketika dalam bas dan disahkan pihak hospital akibat penyakit jantung," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang awam tidak menyebarkan maklumat tidak benar kerana boleh menimbulkan kebimbangan orang awam lebih-lebih lagi ketika penularan wabak koronavirus pada masa ini.

Artikel Berkaitan: