Bomba bantu usung mayat dari tingkat 16

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan bomba hari ini membantu polis membawa turun dua mayat yang ditemui dalam rumah di dua flat berasingan di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, kes pertama melibatkan penemuan mayat seorang wanita obesiti berumur 33 tahun yang ditemui mati di tingkat 16 sebuah pangsapuri di Sentul.

“Kita terima panggilan kecemasan pada jam 8.59 pagi dan mengarahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul ke tempat kejadian menaiki sebuah jentera.

“Setibanya di lokasi terdapat seorang wanita obesiti meninggal dunia. Wanita berumur 33 tahun seberat 180kg berjaya dikeluarkan dan diturunkan menggunakan pengusung untuk diserahkan kepada polis,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, dalam kes berlainan bomba terpaksa memecahkan pintu satu unit kediaman di tingkat 14 sebuah flat di Jalan San Peng bagi mengeluarkan mayat seorang lelaki berumur 59 tahun.

"Bilik gerakan menerima panggilan bantuan daripada polis pada jam 1.04 petang bagi membantu mengeluarkan mayat berkenaan dan mereka memohon bantuan untuk memecah pintu kerana terdapat seorang mayat lelaki berumur 59 tahun.

“Anggota operasi bertindak memecahkan pintu disaksikan oleh pihak polis. Pengusung digunakan untuk menurunkan mayat dan kemudian diserahkan kepada polis,” katanya.

Artikel Berkaitan: