Pemberian saya kepada ayahanda Sultan Johor: Tun M

Sultan Ibrahim bersama (tengah) Dr Mahathir dan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di hadapan kereta Proton Saga yang dipandu baginda ke Senai.
Sultan Ibrahim bersama (tengah) Dr Mahathir dan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di hadapan kereta Proton Saga yang dipandu baginda ke Senai.
A
A
A

KULAI - Kereta Proton Saga dinaiki Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dari Istana Bukit Serene ke Senai Business Aviation Terminal di sini mempunyai sejarah tersendiri.

Dr Mahathir berkata, kereta tersebut adalah pemberiannya kepada ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Ismail yang juga Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

“Kereta itu berusia 34 tahun. Pemberian daripada saya kepada ayahanda baginda Tuanku di Kuala Lumpur.

“Ia manual, masih berfungsi dengan baik. Telah melakukan perjalanan sejauh 22,000 kilometer. Harganya dulu RM17,000,” katanya kepada media di Senai Business Aviation Terminal di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menghantar Dr Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) selepas selesai pertemuan selama satu jam di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Johor hantar Tun M pulang naik Proton Saga]

Menariknya, Sultan Ibrahim menghantar pemimpin nombor satu negara itu dengan menaiki Proton Saga keluaran pertama miliknya yang bernombor pendaftaran Proton 1.

Artikel Berkaitan: